Friday, January 25, 2013
mimpi yang tak sempurna
aku hanya budak biasa je, hati aku tak ade la seromantis romeo n juliet
tak juga pandai mengeluarkan kata kata manis, ape tah lagi nak mengorat.. memang jenis aku tunggu orang datang ngorat..
dan aku ade kenal sorang gadis nie, nama tak boleh beritahu.. aku panggil 'si gadis' je la
rupa dier tak ade la cantik mana, kulit gelap gelap tapi manis.. kecik paras paras bahu aku je, suka aiskrim, pelik sedikit kengkadang konpius tak tentu arah, suka banyak tanya soalan yang sama, bila stress jadi gila sekejap.. hmmm... susah la nak jelaskan.. tapi tak ape, pelik camne pon aku tetap sayangkan dier.
al kisah ceritanya, aku kenal budak ni masa aku tengah joggin di taman.. sambil mendengar MP3 lagu 'call me maybe' artis carly rae jakson, berlari la aku dengan lagu yang tak padan dengan situasi masa tu.. dan sampai la di satu persimpangan.. si gadis nie bawak basikal, tapi yang peliknya dier menunggang basikal sambil duduk mengiring.. memang pelik dier ni.. pastu terlanggar aku dah tergolek la aku dengan dier sekali macam drama bolywood... bila dah berguling guling tu timbul la rasa berdetik di hati. "ayyaarrkk... kotor baju aku baru basuh tadi" kata hati aku.. yang si gadis plak tak tahu la ape yang di kumat kamitkan tak henti henti..
ok, tu la serba sedikit bagaimana aku boleh berjumpa dengan si gadis ni dan bermula la episod cinta walaupun aku tak pandai dan selalu lupa je nak reply sms dier tiap tiap malam nak ucap 'nyte'..
ini plak cerita time aku nak g jumpa dengan si gadis
mula mula si gadis tak mahu ikut sebab besok kerja, so kene tido awal boleh g keje awal..
tapi dah aku nie je yang tak pandai pilih tarikh, pilih hari ahad.. memang patut la dier tak nak..
walaubagaimana pun aku tetap buat yang terbaik sebab harini besday dier..
dan seperti biasa, aku pon tak tahu nak beli hadiah apa untuk si gadis nie..
aku pusing pusing la satu shoppin complex tapi tak tahu nak beli hadiah ape..
akhirnya, aku beli peniup belon je tapi yang pakai bateri... haha, kagum tak hadiah aku?
aku pon terus berlalu pergi ke taman seperti yang di janjikan dan aku dah janji nak bawak aiskrim kegemaran dier ngan hadiah tu sekali.. errrr 'peniup belon boleh di kira hadiah ke?'
tapi takpe, walaupun aku kene tunggu kat sini lama gilerr... sampai naik kebas kaki aku
aku tetap kene bagi hadiah nie pada dier, kalau tak nanti kena curi dengan budak kecil jiran sebelah rumah ak.. budak nie memang pantang kalau nampak aku bawak balik hadiah, semua nak di bukak..
tunggu punya tunggu..... tak muncul muncul, haihhhh.. memang pelik la dier nie
last last, aku makan je aiskrim tu... pastu aku koyak pembalut hadiah dan bermain la aku dengan peniup belon.. dengan dukacitanya, aku pun berangkat la pulang menuju ke stesen tren terdekat sambil meniup belon belon kesedihan..
time tengah tunggu tren nak balek umah, baru la terjumpa dier..
"eh, awak kat sini?"
si gadis menoleh dan menunjukkan jam di tangannya
"awak g mana? kan da janji nak jumpa kat sini dulu baru g taman.."
oppssssssssssssssssss.......
citer nie tak ade nilai estetik, nilai murni dan apa jua bentuk pengajaran. mungkin hati aku tengah berbunga time nie.. tu yang merepek tulis citer ni.. hahaha, dah.. citer nie memang ade kaitan sedikit (sangat sangat sedikit) dengan kisah hidup aku, tapi tentang hadiah peniup belon tu adalah jauh menyimpang.. ok... tu je
dan sebelum terlupa, selamat hari jadi kepada MOHD AZIM BIN HALIM
aku tunggu pukul 12 je sebenarnya nie, sambil tunggu tu tak sangka plak boleh siap satu kisah cinta...
hahahahaha
hepi besday ke 24 bro!!!! moga panjang umor....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment